Wednesday, June 29, 2011

Makam Daeng Marewah



DAENG MAREWAH

Daeng Marewah adalah saudara paling tua Bugis 5 bersaudara daripada Makassar, Sulawesi yang datang ke Johor. Beliau dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Johor yang pertama (1722 - 1728) Beliau mangkat pada 7 Ogos 1725 dan telah dimakamkan di Sungai Baru, Riau.Daeng Marewah Kelana Jaya diangkat menjadi Yang Dipertuan Muda I Riau oleh Raja Sulaiman Badrul Alamsyah Pertama karena beliau telah berjasa menjalani tugas sebagai Yang dipertuan Muda I selama sekitar 6 tahun (1722-1728), beliaupun mangkat atau meninggal dunia di Pulau Pittung. Jenazahnya dibawa pulang ke Riau dan dimakamkan di bukit Sungai Baru. Oleh karena itulah makam tersebut dinamakan "Marhum Sungai Baru”
Yang Dipertuan Muda ialah jawatan yang telah mula diberikan oleh Raja Sulaiman kepada orang Bugis yang telah membantu merampas semula takhta Sultan Johor daripada Raja Kecil. Jawatan ini kemudiannya diwariskan dikalangan keturunan ini.
Orang Bugis ini dianggap sebagai keturunan raja-raja Kerajaan Luwu, Sulawesi Selatan.
Pemegang jawatan Yang Dipertuan Muda yang pertama ialah Yang Mulia Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah bin Daing Rilaga yang dilahirkan sebagai Opu Daeng Marewah

RUJUKAN
• R.O. Winstedt (1992). A History of Johore, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
• Abu Hassan Mohamad Sham (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji, Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9836239715.

NOTA KAKI
R.O. Winstedt, ms 65.

No comments:

Post a Comment