Wednesday, June 29, 2011

Muhammad Quraish Shihab

 

Beliau telah menulis Tafsir al-Mishihab. Nama sebenarnya ialah Muhammad Quraish Shihab (dilahirkan di Rappang, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 16 februari 1944). Beliau memulakan pendidikan formalnya di sebuah sekolah rendah di Ujung Pandang. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah menengah di ota Malang. Pada masa yang sama, beliau juga menuntut di Pondok Pesantren Darul Hadis al-Falaqiyah. Seterusnya, bagi memastikan beliau mendalami pengajian islamnya, beliau dihantar oleh ayahnya ke universiti Al-Azhar, Kaherah pada tahun 1958. Beliau diterima memasuki kelas dua sanawiah. Selepas itu, Beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti yang sama, di fakulti Usuluddin, jurusan tafsir dan hadis. Pada tahun 1967, beliau berjaya mendapat gelaran LC (sarjana Muda). 2 tahun kemudian beliau berjaya memperolehi M.A dalam jurusan yang sama. Pada tahun 1980 beliau kembali mengambil pengkhususan dalam pengajian tafsir al-Quran di Al-Azhar dengan kelulusan summa cum laude dengan penghargaan mumtaz ma'a martabah as-syaraf al-ula (sarjana contoh dengan prestasi cemerlang). Beliau hanya memerlukan masa 2 tahun bagi mendapatkan ijazah kedoktoran dalam bidang ini.

No comments:

Post a Comment